Friday 9 September 2011

8 September

Hari khamis malam jumaat, bersamaan tarikh 8hb September

Kenapa..aku rasa semacam..
Kenapa perlu ada rasa begini..
Mmg hari ini aku xtahu..knpa hati ini, perasaan ni rasa semacam..
Rasa macam ada benda yg xkena..

8.45 malam………

Amik kunci kereta ibu yg berada di meja..
“ibu nk keluar jap”…”hati-hati”, kata ibu
Dengan baju jersey biru, seluar slack panjang..
Aku drive kereta vios kaler hitam yg telah diparking elok oleh ibu tadi..

Aku xtahu nk kemana, just hati ini,diri ini, rasa nak keluar, keluar dari sesuatu dan legekan sesuatu yg berada di dalam hati ni yg xtahu apa dia..

Tetapi, aku xpasti, knp rasa mcm nie??..hati berdebar-debar, tangan berpeluh-peluh dan rasa macam ada yg tak kena..

Sambil drive, aku melalui kawasan di sekitar setiawangsa..
Nk contact kawan ajak lepakk, time2 gini diaorang xkeluar lagi,
Aku ternampak masjid yg kadang-kadang aku pergi bila aku rasa nak pergi masjid jauh sikit, walaupun kat rumah ada masjid yg lagi dekat.

Tiba-tiba hati ni rasa cam terdetik nak pergi ke masjid tu malam-malam..
 walaupun aku tahu, yg isyak dah lepas..
aku parking kereta dalam masjid Muaz bin jabal..

nak stop kn enjin tu tiba-tiba lagu dari ramli sarip-bukan kerna nama” berkumandang di radio kereta aku..aku duduk jap dalam kereta , nak feelings jap, aku tutup mata..
dengar lagu ni..sedap sangattt..bila diteliti makna dalam lirik lagu ni mempunyai maksud yg begitu mendalam....

jangan kau pandang bibir yg manis
kerana dia bisa mengahancurkan..
jgn kau pandang wajah yg indah..
kerana dia bisa meracun mu..
dengar lah wahai teman.. CHORUS
aku menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih pada sesama insan,
 yg mengatakan kasih sayang ku
kita sama semuanya sama
apa yg ada hanyalah kehidupan..
jgn kau dgr puisi dusta kerna dia bisa merosakkan jiwamu,
dengarkanlah puisi di pusaka yg telah turun menuruhn hari ini..
ULANG CHORUS 1x

Aku terlalai sekejap dengan lagu itu..aku tahu lagu ni even papa rock tu yg nyanyi, tp erti maksud lirik ni penuh dengan satu maksud yg mendalam mengenai agama dan nasihat..cuba pahamkan maksud tulisan yg diboldkan.

Habis sudah lagu ini, aku stop enjin, bukak pintu kereta..

langkah kaki ku, tak semena-mena mengikut apa yg tidak aku arahkan ‘ke tempat wudhu’..
sambil mengambil wudhu, setiap titisan air yg aku sapukan di anggota badanku, terasa sejuk menyentuh tulang-tulang dalam ni, rasa hilang sesuatu masalah, yg aku sendiri tak tahu masalah itu..
“alhamdullilah”. Bisikku perlahan..

Aku melangkah dengan rasa kerdil di dalam masjid yg mempunyai air-cond ini, aku melihat beberapa kelibat pakcik2 tengah bersolat dan mengaji..
Aku berdiri tegak mengarahkan badanku ke kiblat, dengan niat solat sunat

Sebelum itu…..

Bisikku di dalam hati..”tuhanku, berikan lah aku kekuatan supaya aku terus tidak merasai seperti sesutu yg tidak kena, tuhanku berikanlah aku petunjukkmu agar kau tidak hadirkan hamba mu sesuatu yg buruk, ya allah sesungguhnya aku berserah padamu,pasrah dengan apa yg kau ingin tunjukkan padaku”..

“Allahuakbhar”…….

Selesai solat sunat..aku duduk berdoa..

Selesai berdoa, aku duduk smbil bertanya pada diri sendiri “apa yg xkena td”
Sekarang dah hilang seperti abu ditiup angin..selesai solat dan berdoa, perasaan tadi tu hilang sedikit demi sedikit..perasaan yg seperti ada yg xkena tadi hilang secara tiba2..apa yg aku rasa cuma satu perasaan lega yg teramat sangat..

"Rasa mcam nk tidur jer kat masjid yg besar ni plus ada aircond,dan aircond ni tak macam aircond kat rumah,rasa lain, entahlah aku rasa nyaman, tenang duduk kat sini bissikku di dalam hati"..sambil tu aku nk terlelap dah..mata dah jadi ngantuk…

’tiitt..toottt” msg dari handphone ku berbunyi..”adehh! sapa kacau aku nk terlelap jap ni”..aku baca msg..nama yg tertera di msg tersebut ~ibu~ , aku bukak msg tu,  “fawwaz balik cepat”..aku pun tgk jam..”ehhhh dah pukul 10 lebih dah”..aku pun balik rumahh…subject utama sampai jer kat rumah aku nak tidur..

10.45 malam…….

Kat katil, sambil duduk termenung, tiba2 teringat seseorang teman yg dicintai yg duduk nun jauh di perantauan..walaupun terasa marahh..tapi rindu itu tak dapat disangkal, rasa cinta xdapat dinafikan, bertambah dan akan terus bertambah...
aku terkenang kan masa gembira bersama, gelak tawanya, dan teringat semasa si dia bertateh-tateh belajar berjalan di pentas ais.

“Apa yg aku boleh buat untuk mengubah segala perbezaan ini ya allah,

ya allah, ya tuhanku..

 kau kuat kan lah ikatan ini,  kau kuatkan hubungan ini,kau kuatkan diriku,kau kuatkan dirinya, agar kami terus membina satu hubungan yg diimpikan,
aku amat benar memohon padamu ya tuhanku.sesungguhnya aku sedarr..aku mengerti.. dengan pebezaan ini yg terlalu ketara serta dengan kelemahan yg ada pada diri ku..aku sedar ya allah.

tetapi janganlah kau jadikan perbezaan dan kelemahan pada diriku ini
satu jurang yg bisa menjauhkan kami..yg bisa meruntuhkan kami,

tuhanku, aku memohon padamu..aku memohon..aku memohon..aku memohonn padamuuu”….

Amin..

by-fawwaz

No comments:

Post a Comment