Friday 9 September 2011

8 September

Hari khamis malam jumaat, bersamaan tarikh 8hb September

Kenapa..aku rasa semacam..
Kenapa perlu ada rasa begini..
Mmg hari ini aku xtahu..knpa hati ini, perasaan ni rasa semacam..
Rasa macam ada benda yg xkena..

8.45 malam………

Amik kunci kereta ibu yg berada di meja..
“ibu nk keluar jap”…”hati-hati”, kata ibu
Dengan baju jersey biru, seluar slack panjang..
Aku drive kereta vios kaler hitam yg telah diparking elok oleh ibu tadi..

Aku xtahu nk kemana, just hati ini,diri ini, rasa nak keluar, keluar dari sesuatu dan legekan sesuatu yg berada di dalam hati ni yg xtahu apa dia..

Tetapi, aku xpasti, knp rasa mcm nie??..hati berdebar-debar, tangan berpeluh-peluh dan rasa macam ada yg tak kena..

Sambil drive, aku melalui kawasan di sekitar setiawangsa..
Nk contact kawan ajak lepakk, time2 gini diaorang xkeluar lagi,
Aku ternampak masjid yg kadang-kadang aku pergi bila aku rasa nak pergi masjid jauh sikit, walaupun kat rumah ada masjid yg lagi dekat.

Tiba-tiba hati ni rasa cam terdetik nak pergi ke masjid tu malam-malam..
 walaupun aku tahu, yg isyak dah lepas..
aku parking kereta dalam masjid Muaz bin jabal..

nak stop kn enjin tu tiba-tiba lagu dari ramli sarip-bukan kerna nama” berkumandang di radio kereta aku..aku duduk jap dalam kereta , nak feelings jap, aku tutup mata..
dengar lagu ni..sedap sangattt..bila diteliti makna dalam lirik lagu ni mempunyai maksud yg begitu mendalam....

jangan kau pandang bibir yg manis
kerana dia bisa mengahancurkan..
jgn kau pandang wajah yg indah..
kerana dia bisa meracun mu..
dengar lah wahai teman.. CHORUS
aku menulis bukan kerna nama, kerna sifat kasih pada sesama insan,
 yg mengatakan kasih sayang ku
kita sama semuanya sama
apa yg ada hanyalah kehidupan..
jgn kau dgr puisi dusta kerna dia bisa merosakkan jiwamu,
dengarkanlah puisi di pusaka yg telah turun menuruhn hari ini..
ULANG CHORUS 1x

Aku terlalai sekejap dengan lagu itu..aku tahu lagu ni even papa rock tu yg nyanyi, tp erti maksud lirik ni penuh dengan satu maksud yg mendalam mengenai agama dan nasihat..cuba pahamkan maksud tulisan yg diboldkan.

Habis sudah lagu ini, aku stop enjin, bukak pintu kereta..

langkah kaki ku, tak semena-mena mengikut apa yg tidak aku arahkan ‘ke tempat wudhu’..
sambil mengambil wudhu, setiap titisan air yg aku sapukan di anggota badanku, terasa sejuk menyentuh tulang-tulang dalam ni, rasa hilang sesuatu masalah, yg aku sendiri tak tahu masalah itu..
“alhamdullilah”. Bisikku perlahan..

Aku melangkah dengan rasa kerdil di dalam masjid yg mempunyai air-cond ini, aku melihat beberapa kelibat pakcik2 tengah bersolat dan mengaji..
Aku berdiri tegak mengarahkan badanku ke kiblat, dengan niat solat sunat

Sebelum itu…..

Bisikku di dalam hati..”tuhanku, berikan lah aku kekuatan supaya aku terus tidak merasai seperti sesutu yg tidak kena, tuhanku berikanlah aku petunjukkmu agar kau tidak hadirkan hamba mu sesuatu yg buruk, ya allah sesungguhnya aku berserah padamu,pasrah dengan apa yg kau ingin tunjukkan padaku”..

“Allahuakbhar”…….

Selesai solat sunat..aku duduk berdoa..

Selesai berdoa, aku duduk smbil bertanya pada diri sendiri “apa yg xkena td”
Sekarang dah hilang seperti abu ditiup angin..selesai solat dan berdoa, perasaan tadi tu hilang sedikit demi sedikit..perasaan yg seperti ada yg xkena tadi hilang secara tiba2..apa yg aku rasa cuma satu perasaan lega yg teramat sangat..

"Rasa mcam nk tidur jer kat masjid yg besar ni plus ada aircond,dan aircond ni tak macam aircond kat rumah,rasa lain, entahlah aku rasa nyaman, tenang duduk kat sini bissikku di dalam hati"..sambil tu aku nk terlelap dah..mata dah jadi ngantuk…

’tiitt..toottt” msg dari handphone ku berbunyi..”adehh! sapa kacau aku nk terlelap jap ni”..aku baca msg..nama yg tertera di msg tersebut ~ibu~ , aku bukak msg tu,  “fawwaz balik cepat”..aku pun tgk jam..”ehhhh dah pukul 10 lebih dah”..aku pun balik rumahh…subject utama sampai jer kat rumah aku nak tidur..

10.45 malam…….

Kat katil, sambil duduk termenung, tiba2 teringat seseorang teman yg dicintai yg duduk nun jauh di perantauan..walaupun terasa marahh..tapi rindu itu tak dapat disangkal, rasa cinta xdapat dinafikan, bertambah dan akan terus bertambah...
aku terkenang kan masa gembira bersama, gelak tawanya, dan teringat semasa si dia bertateh-tateh belajar berjalan di pentas ais.

“Apa yg aku boleh buat untuk mengubah segala perbezaan ini ya allah,

ya allah, ya tuhanku..

 kau kuat kan lah ikatan ini,  kau kuatkan hubungan ini,kau kuatkan diriku,kau kuatkan dirinya, agar kami terus membina satu hubungan yg diimpikan,
aku amat benar memohon padamu ya tuhanku.sesungguhnya aku sedarr..aku mengerti.. dengan pebezaan ini yg terlalu ketara serta dengan kelemahan yg ada pada diri ku..aku sedar ya allah.

tetapi janganlah kau jadikan perbezaan dan kelemahan pada diriku ini
satu jurang yg bisa menjauhkan kami..yg bisa meruntuhkan kami,

tuhanku, aku memohon padamu..aku memohon..aku memohon..aku memohonn padamuuu”….

Amin..

by-fawwaz

Monday 2 May 2011

Draft of All My Best Post :

Interesting Post By Me And Read All The Post Yah! ;-):-

1- wahai isteriku- (April)
2- Peristiwa ibu & sambungan Peristiwa ibu
3- Sambungan diatas sejadah
4- Sahabat yang di cari
5- Perkhawinan Yazid dan Aina
6- Time test Puan Rohaya
7- Sahabat ku jangan bersedih

Enjoy it!

Thursday 28 April 2011

Sahabat Ku Jangan Bersedih

hurmm..kepada sahabat ku yg tengah bersedih, sebab CINTA, sbb plajaran, sbb family , sbb kawan sendiri ..korang kener kuat kan semangat untuk menempuh hidup korang..


Yang sebab cinta.
banyak dah kengkawan aku bersedih sebab benda nie, aku bace blog korang, penuh dengan cinta sedih nie, wall fb korang apetah lagi..huhu..baik kawan aku yg perempuan mahupun lelaki, korank jangan lah bersedih sangat, sedih pon jap2 jer sudah lah..sebab, mungkin korang akan berjumpa yg lebih baik dari pasangan kowank tu, if mane2 yg baru clash or break..kowank jangan ler nk risau sangat..sedih mmg lah sedih, tp dah xder jodoh nk wat cmner, atau mungkin tu musim kowank  bergaduh lama2 appy jugak tu..mungkin si dia perlukan ruang, ruang untuk bergembira, tp tgk2 jugak couple kowank tu,siasat sikit, ruang pon ruang lah jangan ruang untuk cari org lain pulak..haha..carefull eh, xnk kowank sedih2 lagi, kena tipu lagi.So, kuat kan semangat anda agar anda dapat mengharungi dugaan ini..kata terakhir untuk sesiapa yg tengah frust pasal sebab cinta ni “akan ada seseorang untuk anda kelak untuk dijadikan pasangan, dan semua ketentuan ini adalah ketentuan tuhan".


Yang Sebab Pelajaran
Kowank ni, mmg tgah exam ni, tp jangan putus asa lagi, selagi korang belum buat paper tu, jangan putus asa lagi keh, sbb nyer, kowank kena capai cita2 yg kowank nk tu, ada yg nk jd lecterur,DO, beli celcom..haha, dan bermacam lagi, jangan give up keh..either exam dah abis pon, sentiasa cari ilmu untuk di added kan dalam kowank punya life.


Yg sebab family
Yg ni sedih, xnk komen sangat, banyakkan berdoa ok, doa supaya tiada apa2 terjadi kat family kowank, doa supaya teros ada kebahagian dan kegembiraan dalam berkeluarga ni.


Yg sebab kawan..
Ni satu hal, kowank bersahabat lah balik, jangan dok gaduh2 dah, penat gaduh ni tau x, kawan jer yer, berkawan biar seribu, bercinta biar satu..


dan aku, aku ada sebab yg tersendiri jugak, tp sekarang ni, aku tengah bergembira dengan kehadiran rakan2 yg ada, kawan rapat ku, dan sebagainya.
k.tu sajer kot..bye2

Tuesday 26 April 2011

DIROTAN (darjah 1-2)

hai...

besok exam land use, aku pulak menyempat buat new post..haha
tp alhamdulillah , insyallah boleh jawab..

aku nk menceritakan kat korang satu peristiwa, yg nk kata best, xderlah best sangat..cerita ku masa kanak2, dalam lingkungan 7-12 tahun, zaman sekolah rendah ku..aku sekolah di Sek.Ren.Taman Melawati 2, dimana disitu kebanyakan yer, anak2 orang berada di situ..nak diceritakan dulu..aku ni nakal, nakal sangat..hampir kena gantung sekolah masa darjah dua, sebab kes curi duit budak, bergaduh bagai, bergaduh xder der gaduh2 aku mcm "aku bagitau bapak aku, ko wat aku"..haha, xder der gado camtu..gaduh aku ni lagi hebatt..haha

aku bergaduh dengan baling kerusi kat muka ada sorang budak yg aku benci ni, agak lah..muka dia berdarah, masa tu ,sikit pon aku xrasa takut,gentar..aku pon xtau ada law sekolah yg gantung sekolah nie..dah lah gaduh, everyday hidup aku tym tu mencuri duit orang, yess..korang boleh gelar aku ni jahat..(darjah 1-2)

dalam keseronokan mengejar duit, bersuka ria dengan gaduh2 ni semua, akhirnya bak kata pepatah sepandai2 tupai melompak akhirnya jatuh ke tanah jua..aku terkantoi, mencuri duit orang, malu yg teramat sangat tym tu..hari yg xpernah aku lupa, abah datang kat sekolah ,dengan pakaian segaknyer..dulu abah kerja di Taman Melawati jugak, so cepat jer abah sampai..

di dalam kelas, abah duduk berbincang ngn 2 orang guru, guru kelas, guru displin ...aku pulak macam biasa kena denda dok berdiri kat depan budak2 kelas, tp aku rasa xmalu lagi, sebab aku rasa time tu aku boleh menyempat usik budak laki yg aku xsuka nie..

habis di sekolah kebangsaan, gi sekolah agama pulak pada petang hari tu, aku rasa time tu aku buat rilex jer, main police and thift..haha..kalau dah kat sekolah agama tu nakal aku kurang sikit just suka main kejar2 kat depan sekolah tu, ponteng2 jer lah kot..

aku tau, bila balik rumah pas aabis sekolah agama komferm!! kena pukul punya nie..haha..ternyata dah sampai rumah, masuk jer umah..abah menanti dengan Hanger peyangkut baju, kesah pulak aku time tu!! xder perasaan lansung, abah kata jangan buat lagi, aku anggukkan ajer, tp hari tu, mmg perkara yg xdpat aku lupakan, abah MEROTAN ku, dengan hanger yg sampai patah2 hanger tu dibuatnya, dah patah, dia amik lagi hanger lain, belakang badan ku dirotan, sampai meninggalkan kesan lebam yg berbentuk hanger..:-( 

ibu, dalam cerita ini, ibu ada ,tp ibu mengambil keputusan mendiamkan diri dan solat sunat, mungkin nak mendoakan meredakan kemarahan abah, dan kenakalan aku..(ibu, memang selama ni,aku dirotan oleh abah, cara ibu dia akan solat sunat dia  xnk masuk campur)

tp korang nk tahu x, masa kene rotan tu, aku sikit pon xnanges, hati keras seorang anak yg nakal la katakan,infact aku boleh tolong dia amikkan hanger lagi, bila hanger tu dah patah , aku kata "nk lagi x abah hanger?"..zuppppp..kene lagi..haha..tp xtahu lah kenapa dulu nakal sangat, orang cakap anak2 aka mula memberontak tym dia remaja, ni aku x! belum remaja darjah 1 or 2 jer pon dah camni..

tp surelly, abah mmg garang..tp abah ni bagus orang nyer, tanggungjawab dia xpernah di abaikan, makan minum boleh dikatakan setiap minggu tu either pizza hut or KFC..tu gua respect lah! tiap2 wekeend jer gi jenjalan ngn family..

k.sambung balik..tym kene rotan tu, antara yg paling teruk lah aku kena, dalam banyak2 hari aku kena rotan sebelum ni, tp tym tu adalah yg pling terok, tp xnanges, dah lali la katakan, di saat aku kena rotan,abh dah tengok lebam2 kat belakang badan aku, tp still aku xnanges jugak, dia memberhentikan pukulan dia..

aku dipanggil ibu..arhh! tang ibu yg aku lemah nie!! tym tu ingat lagi, ibu duduk di sejadah ,baru abis solat sunat..ibu panggil, ibu suruh aku baring atas riba ibu,..aku pon baring sambil bukak baju..aku baring, aku dongak kan kepala ku untuk nampakkan muka ibu, setitis air mata ibu jatuh kat muka ku, sambil ibu sedih tu, ibu usap dengan tangan yer di dahi ku, dan baca doa..(dan begitulah setiap masa aku kene rotan,ibu panggil ibu usap kan dahi ku sambil baca doa) tp hari tu..sambil baca doa, ibu menangis tengok kesan lebam tu, hah! tym tu aku pon nanges jugak, sbb tgk ibu nangis..bukan sebab sakit, tp sebab seorang anak, satu2 nya anak lelaki ibu dah buat ibu nangis..setitis air mata ibu yg jatuh kat muka tu, aku ingat sampai lah sekarang, sambil tu ibu cakap , "fawwaz jangan nakal2 lagi tau,anak ibu kena jadi orang baik, xmoh curi2 barang, xmoh pukul2 orang, fawwaz nak ker satu hari nanti ada orang pukul ibu, ibu sakit, ada orang curi duit ibu" cakap ibu sayu...ayat tu...ayat tu lah lebih kurang...kenapa ayat tu yg masih terngiang2 kat telinga ku sampai sekarang..ayat tu yg buat aku rasa sakit sangat,buat aku rasa aku ni terok sangat, ayat ibu lagi menikam dari rotan abah..

begitu lah, semenjak dari tu, bila kene marah, or baru pas abis main bola masa kecik2, ibu abis solat, ibu panggil anak2 dia, usap dahi, pastu baca doa..camtu lah, ibu buat..hurm..doa seorang ibu kan..aku rasa semakin banyak ibu usap dahi ni, semakin lembut hati ni, xkeras macam dulu2..mkin lama, bila kena rotan jer, sbb nakal2 biasa cam menyakat adik2, bila kena rotan, aku menangis..aku dah xkuat cam dulu dah..

aku rasa, aku dah jadi sensitive, tgk ibu jer, hati lemah, tengok ibu nangis pasal aku masa kecik2 dulu, aku berubah untuk menjadi yg terbaik bagi  ibuku..ternyata, doa seorang ibu , tangisan ibu masa aku kena rotan tuh, dah merubah sedikit perangai nakal ini..sikit lah..huhu


dan jadilah Ahmad Fawwaz yg sekarang...

Ya Allah, ketahuilah, bukan aku ingin kan kenakalan ini semasa aku kecil, ketahuilan aku tidak mengerti apa yg aku buat semasa hingusan..

Ternyata kau hindarilah aku dari sifat ku yg dulu, hindarilah aku dari mendapat zuriatku yg seperti aku semasa kecil, ya allah..aku tidak ingin kelak, isteriku menagis kerana kenakalan zuriatku, kerana aku faham perasaan itu, ya tuhanku.. Tp mungkin dan andai kau berikan jua, aku pasti tuhanku, yg kau ada perancangan hidup untuk anak ku.. mungkin supaya dia mengenal erti kasih dan sayang oleh seorang ayah dan ibu terhadap si dia, supaya dia tidak alpa dengan tugasnya sebagai seorang anak serta hambaMu, ya allah..dan sebaik2 perancangan ,adalah perancangan dari Mu..Amin..


to be continued..

Monday 25 April 2011

Kata Lelaki


1.Kalau lelaki kata: oklah wak, kita sembang lain kali yek    Maknanya: memang kami bz pon.takde nk kias ape-ape.   2.Kalau lelaki kata: tak pe, saya tak kisah.    Maknanya: memang kami tak kesah pon sebenarnye.takde nk perli or sinis-sinis.   3.Kalau lelaki kata:  kita kawan aje lah ekk..saya memang suka kat awak tapi saya suka sebagai kawan je.     Maknanya: sebab lame sgt bkawan.dah tbiase.so,x leh nk develope feeling more than a friend.takde sbb laen.mase nak    dulu,korg yg jual mahal sape suruh kan.sori la ea.   4.Kalau lelaki kata: eh....u call ekk?sori.ttdo td.    Maknanya: ye,memang kami tdo pon.   5.Kalau lelaki kata: lain kali je la kita keluar, i bz la sekarang ni...nanti i free i call u, kay?    Maknanya: kami ade byk keje yang tertangguh.tolong la pham.jgn la pk -ve sgt.ape pon yg kami buat,utk future.   6.Kalau lelaki kata: i sebenarnya tak la memilih sangat.    Maknanya: mmg kami tak memilih pon.kami pilih perempuan yg sedap mate kami memandang je.x semestinye kene                lawa.   7.Kalau lelaki kata:i tak kisah penampilan u macamana pun.    Maknanya: jangan la mekap sgt doe.pnat nau tggu.   8.Kalau lelaki kata: lain kali kita keluar lagi ekk? i kena balik cepat la...ada hal..    Maknanya: memang lepas ni aku nk lg keluar ngan kau.   9.Kalau lelaki kata: saya suka perempuan yg mcm ni...mcm tu..bla...bla. ..bla..    Maknanya: saya tipu je.saya tak kesah pon.lelaki tak detail nk pilih ape2 pon.saje nk bg awak mrajok.sbb awak somel        ble mrajok.kihkihkih   10.Kalau lelaki kata:u keje kat mana? as what?     Maknanya:mintak-mintak la keje biase2 je.kalau keje besau.taste pon besau gak.hantaran besau.demand musti tggi     pnye.nk jage standard la kate kan.     *punye la senang nk pham ayat lelaki.direct je kan.so,jgn pk bukan-bukan ea.tata~

by : Zunnur Anwar (ntah saper nth)

Saturday 23 April 2011

SAHABAT YG DI CARI

SAHABAT..


jika ditanya tentang sahabat, ditanya tentang rakan..sahabat adalah seorang yg melihat kita jatuh dan dia akan menggapai tangannya unutk membantu, dan apabila kita sedih, seorang sahabat yg baik akan menasihati, memberi semangat untuk kita terus berjaya, 


Jika ingin mencari hamba allah yg bergelar sahabat pada diri kita carilah sahabat yg sentiasa mendorong kita ke arah jalan kebaikan, mendorang dalam membentuk satu kejayaan. dan kejayaan yg pasti adalah bersama orang yg amat disayangi..ibu bapa,isteri, dan sahabat..
.
Sahabat yg bergelar sahabat..seharusnya sentiasa ada dikala kita jatuh dan berjaya, supaya kita sentiasa diingatkan, dinasihatkan untuk tidak berbangga pada diri, tidak bongkak pada hati serta tidak alpa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba.


Alhamdullilah, jika tanya pada saya..saya sudah berjumpa dengan sahabat yg sama2 dengan susahnya,senangnya, sama2 ingin mencapai cita2 iaitu dengan menggengam satu skrol untuk membuktikan bahawa kami sudah berjaya, untuk mencapai satu cita2 yg dimana akan membuatkan orang yg disayangi berbangga pada kita. insyallah, kami akan hadapinya bersama jika allah s.w.t memberi keizinan..jika allah memberi kehidupan..AMIN..


Nukilan oleh Ahmad Fawwaz


interesting post by me and read all the post yah! ;-):-


1- wahai isteriku
2- Peristiwa ibu & sambungan Peristiwa ibu
3- Sambungan diatas sejadah
4- Sahabat yang di cari
5- Perkhawinan Yazid dan Aina
6- Time test Puan Rohaya


Enjoy it!