Saturday 2 April 2011

Wahai Isteriku

  Ya Allah,Ya tuhanku..
Ternyata aku bukan hambamu yg beriman ya allah, aku juga bukan hamba Mu yg sempurna dari sifatku, tetapi ya tuhanku,aku juga inginkan wanita impian ku, yg akn bergelar isteri ku...


Tuhanku..
Andai kau berikan aku dengan seorang wanita yg akan bergelar  isteri ku..
Berikan lah aku wanita yg sentiasa mendampingi aku ketika senang dan susah..
Berikan lah aku wanita yg sentiasa menjaga iman nya untuk Mu ya Allah..
Ternyata, sememangnya aku bukan insan yg beriman, tetapi ya Allah aku cuba untuk mnjadi antara orang yg disayangi Mu.
Tuhanku..
Andai aku ditakdirkan bersama si dia,
Takdirkanlah aku,untuk bersama si dia buat selamanya-lamanya..
Takdirkanlah aku,dalam mendapat zuriat yg terbaik bersama denganya..
Supaya aku dapat melaungkan iqamat serta azan di telinga zuriat ku.
Tuhanku..
Jika hari ini, tangan-tangan manusia selalu menyakiti hati wanita, dan jika hari ini, tangan-tangan manusia sentiasa menjatuhkan maruah wanita.
Kau berikanlah tanganku, supaya dapat membimbing  isteriku,dapat membelai isteriku..
Serta tidak menyakiti dirinya..
Dan,ya allah..
Kau jauhilah aku dari sifat marah yg membuatkan tangan ini menyakiti nya ,ya Allah..
Kau berikanlah aku tangan yg sentiasa menggapainya ketika dia memerlukan seorang teman dan sahabat, ketika dia sedang sakit melahirkan zuriat untuk ku, ya Allah.. Dan berikanlah aku tangan yang sentiasa menyuapkan nya makanan ketika dia sedang uzur dan sakit.
Dan, ya allah..
Kau berikanlah aku tangan yang sentiasa di sisi nya.supaya dapat aku mencuit pipi isteriku, supaya dapat aku membelai rambut ikalnya ,serta dapat mendukungnya ketika dia tertidur kerana menantiku.
Dan  ya allah..
Walau apa pun berlaku, kau selamat kan lah hubungan aku bersama isteriku agar kami sentiasa bahagia..
Walau apa pun berlaku ya allah, kau hindarilah kami dari terlupa serta alpa kepadaMu .agar kami menjadi antara hambaMu yang soleh dan solehah.hindarilah kami dari terlupa menunaikan tanggujawab terhadap ibu bapa kami, supaya tidak lahir zuriat dari kami anak yang derhaka.
Ya Allah..
Andai kau ambil nyawaku..
Jangan biarkan isteriku berduka kelak, ya allah..
Berikan si dia kebahagian untuk hidupnya..
Serta aku memohon padamu..
Bidadari yang kau berikan padaku di atas sana kelak, adalah isteriku..
Hanya isteriku..

2 comments: